Stats

 

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia

(Anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan

jawatan di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) seperti berikut :

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

JUMLAH KEKOSONGAN : 2 kekosongan

TARAF JAWATAN : KONTRAK

JADUAL GAJI (Gred N17) : P1T1 RM820.38- P1T24 RM2151.35

SYARAT LANTIKAN : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan

seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia;

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan;

iii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)

pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

oleh kerajaan

LAIN-LAIN SYARAT

Syarat lantikan :

i. Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan

komputer.

ii. Calon hendaklah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada

tarikh tutup iklan jawatan.

Cara memohon :

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan

1/2001 yang boleh didapati dari Majlis Agama Islam Melaka, Aras 1,

Kompleks Majlis Agama Islam Melaka, Bukit Palah, 75400 Melaka

dengan bayaran RM 2.00 setiap satu.

ii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil

kelayakan dan dokumen yang disahkan.

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan

yang ditetapkan akan ditolak.

iii. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan,

Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan

salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Nilaian

Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran

32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis

NAMA JAWATAN yang dipohon

i. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Setiausaha,

Majlis Agama Islam Melaka,

Kompleks Majlis Agama Islam Melaka,

Bukit Palah, 75400

Melaka.

(u.p. Unit Sumber Manusia MAIM)

Tarikh Tutup Permohonan : 11 Mac 2011 (Jumaat)

Catatan am :

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk di temuduga.

ii. MAIM tidak akan menanggung sebarang tuntutan perbelanjaan apabila dipanggil untuk temuduga.

iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah

menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Leave a Comment


Converted to Blogger Templates and Blogger Themes for Shoe Shopping | Discount Watch